Akaun sparkmalaysianclub.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Borang Pendaftaran Keahlian Online Spark Penang

Borang Pendaftaran Keahlian Online Spark Penang

Syarat Penyertaan & Polisi Ahli SPARK Malaysian Club (SMC)

 • Tujuan SMC ditubuhkan adalah untuk menyatupadukan anak muda dan belia maju di arena permotoran disamping ahli dapat menjana ekonomi ke bidang keusahawanan, pertanian, perikanan dan banyak lagi. Program serta kursus-kursus yang mendatangkan keuntungan dan manfaat kepada ahli-ahli juga dalam agenda rasmi SMC bagi menggalakkan aktiviti kerohanian, kesukanan, kebudayaan sehinggalah dapat menghindarkan anak muda dan belia dari aktiviti tidak sihat. SMC juga menyokong segala objektif kerajaan dalam usaha membantu menggalakkan anak muda dan belia tidak tersasar dari matlamat hidup.

 • Keahlian terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 dan ke atas. Walau bagaimanapun kami juga buka permohonan dibawah umur 18 dan ke bawah dimana pendaftaran mestilah dibawah pantauan Ibubapa/penjaga.

 • Permohonan bukan warganegara Malaysia hendaklah memenuhi kriteria dan disertai No Passport.

 • Ahli mestilah tidak terlibat dalam sebarang penyalahan penggunaan dadah dan bebas dari kegiatan jenayah berat mahupun ringan.

 • Penyertaan Ahli Kehormat terdiri kepada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada kejayaan SMC. Mereka akan dilantik atas persetujuan Jawatankuasa pusat. Mereka tidak boleh mengundi dan tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam kelab. Mereka ini tidak dikenakan sebarang bentuk yuran.

 • Setiap permohonan boleh dipohon melalui borang rasmi atau secara ‘online’. Kelulusan akan diluluskan oleh jawatankuasa pusat setelah didapati menepati kriteria yang telah ditetapkan mengikut budi bicara jawatankuasa SMC.

 • Setiap permohonan menjadi ahli SMC yang telah lulus seperti tersebut diatas harus membayar yuran pendaftaran seumur hidup sebanyak RM25.00 dan yuran tahunan sebanyak RM10.00 sahaja. Apabila diluluskan, ahli layak menerima kad ahli dan. Tambahan RM10 untuk kos penghantaran akan dikenakan. Penghantaran mengambil masa beberapa bulan dan pihak kami akan menghubungi anda untuk pengesahan. Wang keahlian tidak akan dikembalikan jika tiba-tiba ahli mengubah fikiran untuk tidak meneruskan menyertai SMC setelah keahlian telah diluluskan.

 • Setiap ahli layak menerima khairat kematian sebaik sahaja lulus keahlian. Sebanyak RM500 akan diberi dari SMC dan waris mestilah mengemukakan sijil kematian serta bukti bertulis dari pihak berkuasa atau pihak hospital untuk pihak SMC menguruskan khairat kematian tersebut.

 • Ahli layak mendapat diskaun keatas setiap pembelian yang ditetapkan dari kedai/bengkel panel SMC di setiap negeri serta barang-barang Merchandise Rasmi keluaran SMC dibeli melalui kad ahli.

 • Setiap ahli yang berdaftar juga layak menyertai segala aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh SMC negeri masing-masing serta layak menyertai segala aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh SMC pusat seperti program keusahawanan, pertanian, perikanan, kesenian, pertandingan, cabutan bertuah, event gathering dan lain-lain lagi. SMC pusat akan mengadakan acara pusingan setiap negeri dan acara besar-besaran di peringkat kebangsaan setiap tahun.

 • Segala kursus-kursus akan ditawarkan oleh SMC nanti adalah terhad bilangan penyertaannya. Siapa cepat dia dapat, siapa lambat sila tunggu kursus seterusnya akan diberitahu kelak. Untuk menghindarkan dari terlepas sertai kursus-kursus ini nanti, ahli dinasihatkan sentiasa mengikuti perkembangan SMC di media sosial seperti Instagram, Facebook dan website SMC.

 • Setiap ahli yang berjaya menjadi ikon tak kira apa program yang kami tawarkan nanti perlulah memberi ruang dan pelepasan untuk kami paparkan cerita ahli tersebut di laman media sosial, media cetak dan media massa nanti. Setiap kejayaan yang ahli tempa melalui SMC mestilah sentiasa dihebahkan agar nama SMC harum dimata masyarakat.

 • Segala bentuk cabutan bertuah yang dibuat oleh SMC layak untuk di sertai oleh semua ahli yang berdaftar dengan SMC sahaja tetapi tidak layak kepada semua ahli jawatankuasa pusat serta ahli keluarga terdekat untuk mengelakkan birokrasi.

 • Ahli digalakkan menyertai, menghadiri dan membuat hebahan kepada rakan-rakan ahli yang lain untuk menyertai segala bentuk event atau program dan mempelawa rakan-rakan yang belum menjadi ahli SMC.

 • Ahli hendaklah sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama, bantuan dan kehadiran di program/event yang dianjurkan oleh SMC seperti aktiviti-aktiviti permotoran, sukan dan sosial,  kebajikan seperti tabung kilat jika berlakunya bencana di negara atau negeri kita, gotong royong bersama masyarakat, program-program kesedaran dan pelbagai lagi program agar segala perancangan ini berjaya dan dapat  membantu mereka yang dalam kesusahan disamping mengharumkan nama SMC dimata masyarakat.

 • Ahli harus menyokong segala yang dirancang dan diputuskan oleh jawatankuasa negeri atau pun pusat demi kearah “dua roda satu hati” motto SMC.

 • SMC berhak mengubah atau menggubal amaun yuran pendaftaran ataupun yuran tahunan mengikut keadaan semasa akan datang.

 • Setiap ahli yang membiarkan hutang yuran sehingga tiga bulan dari tarikh tamat tempoh keahlian tahunan akan hilang haknya sebagai ahli SMC serta merta.

 • Potongan yuran melalui bank amatlah dialu-alukan untuk permudahkan urusan bersama.

 • Ahli bertanggungjawab mematuhi peraturan dan perlembagaan SMC, memelihara nama baik SMC setiap masa, bertanggungjawab membayar yuran tahunan tepat pada masanya, taat dan setia pada SMC.

 • Ahli tidak dibenarkan menyalahgunakan nama Spark Malaysian Club, logo & lain-lain untuk kepentingan peribadi, perniagaan ataupun tanpa pengetahuan ahli Jawatankuasa Eksekutif. Segala penggunaan nama Spark Malaysian Club, Logo dan lain-lain di media cetak atau massa hendaklah mendapat kelulusan Jawatankuasa Eksekutif.

 • Segala keluaran produk rasmi SMC tidak boleh ditiru atau dicetak semula bertujuan keuntungan peribadi, perniagaan mahupun untuk mengumpul dana tertentu kerana segala keluaran SMC adalah hak terpelihara yang telah didaftarkan. Sekiranya didapati melanggar peraturan ini, SMC tidak teragak-agak melaporkan kepada pihak berkuasa dan kes ini akan diuruskan oleh pihak berkuasa sendiri.

 • SMC tidak akan bertanggungjawab jika terdapat ahli yang terlibat dalam sebarang kegiatan yang tidak sihat seperti jenayah, penyalahgunaan dadah, arak, lumba haram, perjudian dan yang membolehkan mendatangkan kesan buruk pada nama SMC. Pelanggaran undang-undang ini akan membawa kepada penamatan keahlian ahli tersebut.

 • Segala aktiviti permotoran yang dirancang oleh SMC adalah mendapat kelulusan pihak berkuasa. Pihak SMC tidak akan bertanggungjawab jika ahli disaman atau dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa kerana tidak mematuhi undang-undang jalanraya Malaysia ketika program dijalankan tidak kira ketika di event atau perjalanan ke tempat event itu.

 • Setiap aktiviti berkonvoi berkumpulan dianjur rasmi oleh SMC akan di iringi oleh Marshall atau Polis Trafik, ahli haruslah mengikut undang-undang konvoi yang telah ditetapkan ketika berkonvoi. Ahli yang melanggar undang-undang dan mengundang bahaya kepada semua pengguna jalanraya akan digugurkan dari aktiviti konvoi itu bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

 • SMC tidak akan bertanggungjawab diatas segala urusan jual beli sesama ahli. Jika berlakunya penipuan ahli hendaklah menyelesaikanya sendiri.

 • Pihak SMC berhak mengenakan bayaran yang minimum untuk setiap penyertaan program, pertandingan, kursus-kursus dan lain-lain lagi bertujuan untuk menanggung kos pengendalian program serta kos hadiah-hadiah acara tersebut.

 • Sekiranya ahli yang ingin menyertai semula menjadi ahli SMC setelah keahlian ditamatkan, ahli perlulah mengemukakan kembali permohonan baru dan akan dikenakan penalti sebanyak RM25.00 disertai RM10.00 yuran tahunan. Kelulusan akan dikaji semula oleh Jawatankuasa pusat dengan melihat kembali sejarah fail ahli tersebut kenapa keahlian ditamatkan sebelum ini.

 • Ahli yang ingin berhenti daripada menjadi ahli SMC  perlulah mengemukakan kenyataan bertulis kepada Setiausaha Agung dan perlulah menjelaskan segala hutangnya kepada Bendahari (jika ada).

 • Mana-mana ahli yang ditamatkan keahlian tidak layak untuk menerima benefit ahli, program-program khas seperti keusahawan, perikanan, pertanian dan lain-lain yang membawa benefit tidak lagi individu itu menikmatinya lagi kecuali aktiviti program/event yang SMC adakan untuk orang awam sahaja.

 • Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang kelab atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Kelab boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu masa atau tempoh sebagaimana yang difikirkan perlu atau munasabah oleh Jawatankuasa Eksekutif. Sebelum Jawatankuasa Eksekutif memecat atau menggantung keahlian tersebut, ahli akan diberitahu akan sebab-sebabnya bagi pemecatan dan penggantungannya secara bertulis dari Setiausaha Agung SMC. Ahli tersebut akan diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela diri. Rayuan perlu dikemukakan dengan kenyataan bertulis. Keputusan pemecatan atau penggantungan akan dilaksanakan di dalam mesyuarat jawatankuasa pusat.

 • Segala syarat dan polisi diatas adalah mengikut terma dan syarat. SMC berhak melakukan perubahan atau pembaharuan dari masa ke semasa.